Monday, April 26, 2010

GURU-GURU SKK

Posted by SK Kalumpang



Sunday, April 25, 2010

Sistem Pembelajaran Pintar Capai Empat Buah Sekolah di Hulu Selangor

Posted by SK Kalumpang

KUALA LUMPUR: Empat sekolah sekitar Selangor terpilih menyertai program Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (Sirim), melalui program Sirim Pintar-Learning bagi meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) murid dalam pembelajaran. Sekolah berkenaan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kerling, SK Kalumpang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Kalumpang dan SJK Tamil, Ladang Kerling, Hulu Selangor.



Majlis pelancaran Sirim Pintar-Learning dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan inovasi (Mosti), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, di SK Kerling, semalam.

Ongkilli berkata, program itu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah di Hulu Selangor dalam bidang pembelajaran menggunakan ICT.

Katanya, program itu mula diperkenalkan di SK Nanga Kesit Lubok Antu, Sarawak, tahun lalu yang memberi manfaat kepada 100 pelajar.

“Program ini dapat meningkatkan minat masyarakat terutama generasi muda dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

“Program pembelajaran pintar juga dapat melahirkan pelajar mahir dalam sains, teknologi, inovatif dan kreatif seterusnya menyumbang kepada kemajuan serta kemakmuran Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, Mosti sudah meluluskan peruntukan di bawah dana Tabung Inovatif Komuniti yang berjumlah RM550,000 untuk pelaksanaan program itu kepada 11 sekolah di Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, komponen program berkenaan terdiri daripada kelengkapan bilik darjah seperti papan putih interaktif khas yang dilengkapi komputer, projektor jarak dekat, pembesar suara dan perisian pintar.

“Perisian pintar disepadukan dengan pembelajaran subjek berasaskan simulasi ‘masa sebenar’ selain memupuk pembelajaran secara ‘hands-on’ (menggunakan tangan) yang lebih nyata,” katanya.

Ihsan : myMetro 22 April 2010

Monday, April 19, 2010

LAGU SEKOLAH

Posted by SK Kalumpang

Monday, April 19, 2010

VISI & MISI SEKOLAH

Posted by SK Kalumpang


Monday, April 19, 2010

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Posted by SK Kalumpang